Dalam menelusuri era globalisasi yang kian menghimpit dan mendesak,rakyat kita berusaha bersaing antara satu sama lain agar tidak mengalami pengangguran. Selain itu,rakyat kita sekarang suka hidup moden dan inilah memerlukan pebelanjaan yang besar kerana suka mengejar kemewahan duniawi. Mereka juga mempunyai keinginan yang sangat tinggi yang ingin dicapai.Dalam hal ini, keadaan tersebut akan mengundang tekanan perasaan dalam kehidupan kita. Jadi, bagi kebanyakan orang, tekanan (stress) adalah lumrah hidup.Namun begitu,kita tidak boleh meremehkan tekanan kerana ini akan menjadi semakin sekiranya terus berbuat demikian.Sebagai contoh,menurut kajian pada 2006 turut menunjukkan 6.4 peratus orang pernah terlintas dalam fikiran untuk membunuh diri oleh sebab mengalami tekanan perasaan.Justeru, saya selalu mencari cara semasa saya menghadapi tekanan untuk memotivasikan saya.
Cara-cara mengatasi tekanan dalam kehidupan
Sementelahan pula,kita sepatutnya meluahkan masalah dengan kawan-kawan baik yang mempunyai fikiran positif ataupun ibubapa kita apabila mengalami masalah yang tidak kemampuaan menguruskan dengan baik.Hal ini demikian kerana mereka akan bersama-sama dengan kita mengatasinya .Mereka adalah pembantu kita di dalam kesusahan.Sebagai contoh, kita boleh menggunakan sekian waktu dengan orang-orang positif, sekurang-kurangnya memperkuat mental anda untuk bertahan menghadapi stress dan amat disarankan untuk bertukar pikiran serta membagi keluh kesah pada orang yang senantiasa berlaku positif.
Kita juga mestilah sering bersenam dengan melakukan aktiviti-aktiviti fizikal . Ia juga mampu menyenyakkan tidur dan mengelakkan kerisauan yang tidak menentu.Selain itu.Bersenam bukan sahaja mencergaskan fizikal, bahkan mental tetapi jugalapang setelah berpeluh.Ketegangan jasmani dapat dielakkan dengan kerana peredarandarah berjalan lancar kerana otot-otot digerakkan. Bersenam juga boleh membakar lemak yang boleh membawapenyakit di dalam badan.
Akhir sekali,kita mestilah berjumpa dengan doktor atau pakar jika masalah tidak juga dapat diatasi; jangan segan berjumpa doktor atau pakar untuk mendapatkan khidmat kaunseling.Hal ini demikian kerana mereka akan memeberi cadangan yang terbaik kepada kita.Oleh itu,kita dapat memulihannya dengan secepat mungkin.
Selain itu, Kita mesti merehat seketika antara waktu kerja boleh melegakan ketegangan emosi, kekusutan fikiran dan ketegangan fizikal.Sekiranya kita tidak merehat yang cukup ,kita akan mengalami pening kepala dan mudah dijangkiti oleh apa-apa penyakit.Hal ini demikian kerana amat penting bagi kepada kesihatan kita diri sendiri.
Di samping itu, kita mestilah mengaturkan satu jadual kerja seharian agar kehidupan kita menjalankan dengan sistematik. Dalam hal ini,kehidupan seseorang akan lebih terurus dan lancar sekiranya mempunyai pengurusan masa yang baik.Selain itu, disiplin yang tinggi dan ketat perlu bagi memastikan kelancaran kepada pengurusan masa yang baik dan secara tidak langsung akan menjayakan seseorang itu kepada apa yang dirancang.Sekiranya kita tidak membuat satu jadual ,kita akan mengalami tekanan selalu kerana mesti dapat menyiapkan sesuatu perkara dalam masa yang ditetapkan.
Tambahan pula, kita mesti selalu ketawa kerana ini akan membantu kita melupakan stress seketika.Ketawa membantu meningkatkan keupayan pernafasan dan denyutan jantung, kegiatan otot-otot dan suhu badan juga dapat diaktifkan. Proses ketawa boleh membantu membuang toksid di dalam badandan darah dapat berjalan dengan lebih lancar.Dalam hal in, kita boleh meluangkan masa untuk duduk bersama sahabat handai yang pandai berjenaka dan berhiburlah bersama mereka.