PANDANGAN TERHADAP PENDIDIKAN KAHS


            Saya sedang  mengambil kursus  pendidikan  khas di Institusi  Pendidikan  Perguruan .Sebelum ini,saya langsung tidak tahu apa ialah pendidikan khas .Kamu tahu?Sebenarnya, pendidikan khas ialah program yang dirancang khusus untuk memenuhi pelbagai keperluan murid-murid khas.satu bidang profesion yang berkaitan dengan kaedah , teknik dan penyelidikan yang tersendiri. Kesemua ini menumpukan ke arah petolongan kanak-kanak khas untuk mencapai kepuasan diri dari segi akedemik dan vokasional untuk membolehkan mereka berdikari.Tujuan  memperkenalkan pendidikan khas adalah mendidik dan membentuk murid-murid dari segi perkembangan mental, kestabilan emosi dan integrasi sosial.

       Selepas itu, saya mengetahui apakah pendidikan khas yang bermaksud.Saya berasa gembira kerana diberi peluang untuk belajar course ini .Pada pegetahuan kita,Orang yang istimewa itu padahal sangat memerlukan bantuan kita agar dapat menguruskan kehidupan harian mereka.Orang yang istimewa itu terdiri daripada masalah kekurangan pendengaran dan penglihatan,pekembangan yang lambat,masalah bahasa dan  pertuturan , kekekokan (clumsiness),kekurangan tumpuan perhatian terhadap pelajaran ,masalah kelakuan dan gangguan kesihatan jasmani..Jadi, saya membuat tindakan dengan datang ke Institusi Pendidikan  Perguruan untuk belajar course pendidikan khas .

                Akhir sekali,saya juga berasa bangga kerana boleh mengajar pelajar yang istimewa pada masa hadapan kerana mereka ialah insan ciptaan tuhan.Selain itu,mereka juga memerlukan bantuan daripada kita dengan mengajar dia bagaimana menguruskan kehidupan harian agar mereka dapat menjalani kehidupannya dengan baik dan sempurna tanpa bergantungkan kepada orang lain. Jadi ,kita semua memainkan peranan yang penting .Saya berasa saya sedang menjalankan tugas yang bermakna ,Saya juga berasa gembira dapat berkidmat kepada masyarakat pada suatu hari nanti.






                              

         

     

     Mereka memerlukan bantuan kita.Jadi ,kita mestilah memainkan peranan yang penting.